~ Si Kecil Membesar ~

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 3, 2009

~ sahabat ~

apa yg dimaksudkan dgn sahabat?
adakah anda semua mempunyai sahabat?
apa pandangan anda tentang sahabat anda?
adakah sahabat anda belainan jantina atau sebaliknya?

pernahkah anda jatuh hati pada sahabat anda yg berlainan jantina?
adakah sahabat anda tahu mengenainya?
jika tahu apa pula responsenya?
bagaimana kalau dia menolak?
bagaimana pula jika dia terima?
adakah teman tapi mesra?

andai kata...
setelah sekian lama anda mengenali sahabat anda...
sekali topeng sahabat anda itu terkantoi..
segala rahsianya terbongkar...
apakah perasaan anda?
walhal...anda mengenali dia bukanlah seorang yg jahat atau org yg bukan2...

apa yg anda lakukan?
cut off friendship?
meminta penjelasan?
membiarkan saja atau buat2 xtahu?

mmg susah nk maafkan org tanpa penjelasan yg detail...
aku sentiasa terfikir2 dan tercari2...
siapakah sahabat aku yg sebenarnya itu...
kenapa perlu dia rahsiakan watak dia yg 1 lg itu...

aku sudah meminta penjelasan..
tapi...
jawapannya sgt mengecewakan aku..
sangat2 mengecewakan...
aku tidak pun mendapat jawapan ya atau pun tidak..
apatah lg penjelasan yg detail...

yg ada cuma "belum masanya utk diceritakan segalanya"..
apa patut aku harus lakukan?
sesungguhnya aku nk reset balik friendship ini..
tapi..
bagaimana?
aku masih belum mendapat jawapan...

setalah berperang dgn diri sendiri..
dgn si sahabat ini..
aku mengambil langkah menyelamatkan diri aku..
sesungguhnya aku sayang pada diri aku sendiri..
aku xkan menganaiya diriku ini...
aku akan mengambil kesempatan bulan ramadhan ini..
untuk bergerak kesatu anak tangga yg lebih atas...

aku ingin menjadi seorg yg lebih baik..
seorg yg lebih positif..
seorg yg berani,cekal dan sabar...
tapi...
langkah pertama sekali...

aku perlu memaafkan org..
xboleh ada perasaan benci dan marah..
kerana aku tidak tahu perkara sebenar..
aku tidak berada ditempatnya..
mungkin beliau mempunyai sbb tersendiri yg tak mampu diluahkan kepada org luar..

aku perlu redha..
terima segalanya dgn hati yg terbuka...
aku yakin pasti ada sebab berlaku semua ini..
hikmah utk aku dan juga beliau..
untuk menjadi seorg yg lebih baik...

tapi...
perbuatan memaafkan dan meredhakan atas apa yg berlaku...
sangat la susah...
ini satu perbuatan yg amat tidak disukai oleh syaitan...
syaitan akan sebolehnya menghasut umat manusia supaya membenci dan tidak meredhakan sesuatu...

mmg inilah yg aku alami..
sentiasa terkenang2 dan review perkara lepas..
tertanya2...
kadang2 ada rs xpuas hati..
rs mcm mahu menerjah ke rumahnya mencari bukti lg...

tapi semua ni hanya mainan perasaan aku..
sungguh aku tidak sanggup..
sedih...kecewa...rs bagai diplastikkan..rs ibarat menjadi barang mainan dikala boring..
tapi...bila difikir2 balik..
dia bukan mcm tu selama aku kenal..
wallahhualam...

aku tidak tahu apa yg berlaku..
lebih baik aku tumpukan pada diriku..
pada perasaanku yg xberapa betul..
cuba kembali pulihkan semangatku yg datang bagaikan angin..
yg sekejap naik...sekejap turun...

aku yakin Allah ada bersama2 aku..
Dia sayangkan aku..
sbb itulah aku diuji dgn sedikit cabaran ini..
aku yakin dan pasti..
lepas ini aku akan menjalani kehidupan yg lebih indah lagi..
yg penuh dgn warna2 kebahagiaan..

dan..
aku yakin..
jika aku berkehendakkan sesuatu yg indah..
aku perlu menjadi seperti yg aku idamkan terlebih dahulu..
barulah persekitaran aku akan response pada aku...
sesungguhnya aku sayangkan persahabatan itu..
tp segalanya telah berubah..
aku mohon petunjukmu Ya Allah...

Ya Allah,
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..)
adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku
dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..)
mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku
dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka jauhkanlah aku daripadanya
dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

aminnn..

wassalam..

0 comments: