~ Si Kecil Membesar ~

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 21, 2009

Hadiah Buat Muslimah

Pagi Jumaat yg mendung, basah dan juga sejuk..
aku pulang dari kerja..
badan sangat letih dan mengantuk..
Sebelum aku melabuhkan badan yg letih ke atas tilam yg xbebrapa empuk..

aku sms En XX memberitahu manual yg dia perlukan sudah aku emailkan mlm td..
dia menjawab dgn sms ringkas

En XX : " ok tq..wan ada kat rumah?"
Aku : " aah, br blik keje"
En XX : "ok,Kejap lg XX singgah umah"
Aku : " baik..." (dlm hati terfikir dia nk bg laptop utk diformatkan kot,ok..xpe lah)

20minit kemudian XX sampai depan umah..
tp aku tertido xsedarkan diri..
10min slps dia menunggu depan umah...
baru aku sedar, tu pun setelah phone aku berbunyi...
terus pki sweater dan keluar rumah...
dgn keadaan wajah yg kusut masai br bgn tdo..

tapi sebaliknya pada wajah En XX..
wajah yang tersenyum lebar..
rambut tersisir rapi, berpakaian kemas, berkasut but..
dan bertenggek diatas motosikal yg kelihatan maskulin..hehe

sebaik dia melihat kelibat aku yg keluar dari rumah..
terus dia menghulurkan bungkusan beg kertas yg berwarna-warni pada aku..
dgn sedikit ucapan..

"Nah..sempena kedatangan ramadhan,harap wan dapat baca..., wan ada banyak masa kan? baca tu..simpan elok2 xde keluaran dah tu.." kata En XX
sambil aku menbelek2 apa yg ada didalam beg itu..

kelihatan seperti 2 buah buku agama..
dan aku mengucapkan terima kasih dgn perasaan yg sangat terharu..
En XX tersenyum lebar sambil menghidupkan enjin motosikal maskulinnya..
lalu meninggalkan aku..

Apabila masuk dalam rumah..
aku membelek2 lagi 2 buah buku tersebut..(dgn perasaan igin mengetahui apa isi kandungan buku tersebut)

buku pertama bertajuk " Hadiah Buat Muslimah" ...
iaitu buku panduan asas fiqah wanita..( sinopsis )
Buku ke-2 bertajuk " Indahnya Hidup Bersyariat " ( sinopsis )

Setelah aku menyelak2 helaian buku2 tersebut..
menitis air mata aku tanpa disedari..
terasa seperti seolah2 baru tersedar dr mimpi..
dgn melihat tajuk2 dan ilustrasi dalam buku tersebut..
rs seperti tersentak dan terharu sgt2..

Kesimpulannya, mmg patut kita sesama islam saling mengingatkan antara 1 sama lain..
kadang2 kita terlupa sebentar pada tanggungjawab yg wajib kita lakukan..
terlupa disebabkan kesibukkan dgn aktiviti harian..
hari berganti hari..
bulan bulan berganti bulan..
tahun berganti tahun..
dan seterusnya..

disini aku nk mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada seorang sahabat iaitu En XX yg banyak mengingatkan aku ttg tanggungjawab yg wajib aku lakukan...
yg juga banyak membimbing dan menasihati aku...

Kepada kawan2 dan seluruh umat islam..
aku mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..
semoga Ramadhan kali ini penuh dgn berkat Ilahi..
Aminnn..


0 comments: