Semenjak kandungan masuk 2nd trimester aku dah pun rs pergerakkan sesuatu yang hidup dalam perut walau pun xberapa nk rs sgt tp tetap teruja. sekarang dah masuk 3rd trimester lg la best semakin kuat terasa aktiviti regangan di dalam perut...hehehe setiap kali berlaku aktiviti regangan dalam perut atau pergerakkan dr kiri ke kanan, kanan ke kiri...mmg best...kadang-kadang sampai tersenget2 perut dan boleh nmpk dgn mata kasar walaupun ada baju yang menutupi perut aku...hanya senyuman terukir setiap kali perut tersenget2...
ALLAH is GREAT!!!!!! ibu dan anak boleh berkomunikasi sewaktu dalam kandungan lagi...dia mendengar dan seolah2 faham apa yg ditutur oleh sang ibu....aku ada jugak berkomunikasi dgn dgn si kecik comel dlm perut, main ketuk2 sewaktu dia melakukan aksi menendang...ternyata mmg ada respons....Alhamdulilah dan Bersyukur aku diberi peluang menikmati saat2 indah ini..dan aku yakin setiap kandungan yg dikandung mempunyai perasaan yg berbeza2...btl x ibu2 yg dah ada 2-3org anak...hehehehe
Start minggu lepas baru la aku dan en suami membuat persediaan untuk menyambut org baru ini..kami p shooping kat Manjaku di Bangi sbb dekat kot n baget byk barang kat situ....mula2 msk aku seolah2 org hilang punca dan arah tuju....tatau nk start dr mana...mmg la ada check list...tp fuhhh aku keliru....byk sgt baju yg pelbagai jenis, brand dan saiz...mak aku ada pesan untuk baju baby yg nk dipakai semasa pantang bykkan baju lubang2 n tgn pendek...sbb mak mertua aku dah buatkan barut yg lebar menutupi perut sampai la ke bahagian dada....jd memerlukan baju lubang2 sbb xnk kasi baby panas dgn nk bedung lg...hehehe... aku baget baju yg newborn tu cuma dalam 5-6 helai je....lain2 suma bj tgn panjang, rompers n segalanya lah yg boleh pakai untuk jangka masa panjang...hehehe jimat sikit duit ibu dan bapa kamu wahai si kecil...
dalam aku dok memikir berapa helai bj n saiz kat dalam kedai tu....en Bapa si kecil ni p rembat barang2 lain....contohnya changes mat, set bedak n losyen, selimut, kelambu, tisu lembab dan lain2 barang yg besar2....dah penuh bakul...aku lg la penin..hahahaha...last sekali ckp pada en suami "dah2 jom kita balik dan byr yg ni dlu...nnt kena semak balik check list.." untuk barang2 itu bilnya RM330.30 sen....dah smpi umah check balik semua barang....alhamdulillah keperluan asas baby dah lengkap....tinggal nk touch up sikit2 n barang2 ibunya pulak nk di serbu...hehehe
DOA SEWAKTU HAMIL
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam . Ya Allah tambahkanlah kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW . Sebagai pengubat dan penawar hatiku . Penyihat dan penyegar badanku . Sebagai Sinar dan cahaya pandangan mata . Sebagai penguat dan santapan rohani . Dan kepada keluarganya dan para sahabatnya berikanlah keberkatan dan keselamatan . Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya . Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya Allah yang memberi kesihatan. Tidak ada kesihatan selain kesihatan Allah, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain . Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dengan rupa yang baik . Dan semoga Engkau tanamkan hatinya bayi ini iman kepadaMu ya Allah dan kepada Rasul Mu . Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan bayi ini dari dalam kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan yang sehat dan selamat . YA Allah semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama . Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sehat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya dan fasih lisannya . Serta bagus suaranya untuk membaca hadist dan Al Quran . Dan tinggikanlah derajatnya . Dan luaskanlah rizkinya . Dan jadikanlah bagi manusia yang sempurna selamat di dunia dan akhirat . Dengan berkatnya Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Amin
0 comments:
Post a Comment