~ Si Kecil Membesar ~

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 24, 2009

Gendang Raya @ Beduk

korang penah tgk beduk x?atau nama lain gendang raya?..
haa entry J.O.L aku hr ni nk cerita sikit pasal gendang raya@beduk ni...

dulu gendang raya ni amat penting bagi umat islam yg digunakan sebagai alat untuk mengumumkan telah masuknya waktu solat. Selain itu gendang raya ini juga digunakan sebagai alat pemakluman awam bagi mengantikan alat pebesar suara yg ada masa kini. Sekarang ni xpayah pembesar suara pun..pki astro dah..hehe

Contohnya, jika berlaku kematian dalam kampung,gendang raya akan dipalu sebagai satu cara memaklumkan kepada orang ramai bahawa ada kematian di kampung itu. Pukulan ganjil menunjukkan si mati itu adalah perempuan, manakala pukulan genap pula untuk lelaki. Tapi pada bulan ramadhan pula, gendang raya ini juga digunakan sebagai alat pemberitahu telah masuknya waktu berbuka puasa dan juga di gunakan untuk mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur.

Menarikkan!!!...
Orang muda sekarang xsemua yg tahu pasal gendang raya ni..
mungkin yg tahu tu sbb ada sesetengah tempat yg masih menggunakan cara lama lagi...
aku tahu pun sbb di kampung nenek sebelah emak masih menggunakan gendang raya diorg gunakan gendang raya ni sebagai alat memberitahu telah masuk waktu solat...
selepas pukulan gendang raya tu barulah azan dilaungkan...
masjidnya pun kelihatan usang sbb penduduk yg tinggal disitu pun terdiri dari generasi lama2...

note : gambar Masjid kampung nenek aku di kota kuala Muda,Kedah.
maklumat lanjut : http://www.mzm.sabah.gov.my/bm/kenalimuziumanda/beduk.htm


muka depan (sorry kualiti gmbo kurang memuaskan)




bahagian sisi

0 comments: